Selasa, 28 Oktober 2014

Pengorbanan Elemen Penentu Kejayaan Perjuangan Islam

~Dakwah Tidak Akan Hidup Melainkan Dengan Jihad Dan Jihad Tidak Berlaku Melainkan Dengan Pengorbanan~




"Dakwah, Akademik, Kerjaya, Keluarga dan banyak lagi."


"YaAllah, banyaknya komitmen aku nie. Mana aku nak buat dulu ni?"


"Dakwah, kerja jema'ah. Hmm.. Ramai lagi sahabat lain yang boleh buatkan kerja. Takpe, tangguh dulu lah yang ni."


"Akademik, menuntut ilmu itu wajib. Tugas individu, aku datang ke sini untuk belajar, dapat pointer sebaik mungkin. Kalau boleh 3.50 dan ke atas every sem. Keputusan hebat senang nak dapat kerja. Kalau macam tu kena selesaikan lah bab ni dulu."


"Kerjaya, aku kena kumpul duit untuk perbelanjaan hidup, untuk masa depan aku. Panjang lagi perjalanan hidup aku nie. Kena kumpul harta banyak-banyak. Kemudian hari nanti senang. OK, selesaikan yang ni dulu. Semoga hasilnya memberansangkan."



Renung sejenak, fikir sebentar, yang mana satukah diri kita? Kenalkah kita tentang kita tentang erti sebuah pengorbanan dalam kehidupan? Kita memilih atau mendahulukan salah satunya bukan beerti kita mengorbankan yang lain atau kita sisihkan terus ianya dari kehidupan. Fitrahnya kita memang tidak mampu untuk berlaku adil, tapi tak bermakna kita tinggalkan terus jalan dakwah yang telah Allah bentangkan di hadapan kita dengan janji-janji indah yang telah Allah tuliskan sebelum kelahiran kita ke dunia ini.
Ayuhlah kita kembali ke jalan yang pernah kita pijak dahulu yakni jalan dakwah. Berganding bahu dan berpimpin tangan dengan sahabat lain yang masih berkorban tenaga, jiwa, masa, harta, rasa dan sebagainya di jalan Allah yang matlamatnya ingin menggapai mardhatillah dan meraih syurga Allah nan kekal abadi.


Terjerumusnya kita di medan dakwah bukanlah kerana paksaan. Tetapi kita adalah insan terpilih oleh Allah. Mungkin hari ini kita lari, esok kita bersembunyi, namun di kemudian hari kelak kita tetap akan terlibat dengan jalan dakwah sekiranya keizinan Allah itu sampai pada kita. Yakin pada janji Allah. Apa yang kita beri atau korban, Allah akan gantikan kembali dengan bayaran yang lebih tinggi nilaiannya dari itu. Setiap saham yang diberikan akan dijamin dan tidak akan disia-siakan.




"Dan apa yang kamu sedekahkan, Allah akan menggantikannya. Dialah sebaik-baik pemberi rezeki." -AsSaba':39-




Kita impikan syurga Allah. Tapi, apa yang kita buat untuk bayaran tiket masuk ke syurga itu. Adakah hanya dengan menyelamatkan diri sendiri tanpa menyeru insan sekeliling kepada yang makruf dan meninggalkan yang mungkar.





"Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."-AtTaubah: 111-

Moga Allah thabatkan hati-hati kita di dalam perjuangan :)

Ahad, 26 Januari 2014

"Sungguh, aku teringin menjadi seperti wanita TARIM."

Allah pelihara Tarim subhanallah.

"Sungguh, aku teringin menjadi seperti wanita TARIM."

Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama dan terdedah dengan ulama, majlis ilmu, maulid dan sebagainya. 
Sedari kecil mereka didik untuk membaca al-Qur’an oleh ibubapa mereka. Terdidik dengan akhlak yang mulia. Terjaga pergaulan mereka. Terpelihara aurat mereka. Bagi mereka setelah mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah. Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudaralelaki dan bapa saudara mereka sahaja. Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal muzik, tidak mengenal kebiadapan dan tidak kenal wajah orang fasiq. 

Perbualan mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan.Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikah oleh walinya maka mereka dinikahkan pada pasangan yang sesuai. Pilihan keluarga, dan tanpa ada bantahan. Tanpa ada cinta atau ‘dating’ sebelumnya. Kebiasaannya mereka bernikah diusia yang masih muda, sekitar belasan tahun. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila barang keperluan asas atau harian, seperti beras susu dan sebagainya kehabisan, mereka tidak langsung memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu mungkin si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.

Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Si isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur harum wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan harum. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya kemas serapi mungkin. Kerana wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik serta menambahkan kasihsayang.

Si isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.

Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. 
Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. 
Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumah tangga nabawi yang payah untuk kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Tarim. 
Inilah keberkatan yang ada pada kota Tarim.

Di Tarim amat-amat sukar sekali untuk kaum perempuannya yang mendedahkan wajahnya di khalayak ramai hatta tatkala mereka bekerja di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit-bukau sekalipun jauh dari pandangan kaum lelaki, mereka tetap berabaya dan berniqab/berpurdah hitam. Mereka dapat bertahan walaupun di dalam keadaan panas teriknya matahari di negeri Tarim/Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya. 

Begitulah perempuan di Tarim. Kepanasan api neraka lebih mengerunkan mereka berbanding teriknya pancaran matahari. Dan kaum perempuan di Tarim hanya keluar andainya ada keperluan sahaja. Kalau ke pasar atau ke kedai ada mahram yang akan menemaninya atau mereka keluar secara bergerombolan. 
Maka terpeliharalah mereka dari sebarang fitnah. 

Tenang hati kita berada di sana. Sememangnya kalau hendak menceritakan perihal penghuni kota Tarim, teramatlah banyaknya.

Sesiapa yang ingin tahu sedikit daripada kisah masyarakat Tarim bolehlah dibaca dari sebuah buku berjudul Bidadari Bumi 
– 9 Kisah Wanita Sholehah karya Ustazah Halimah al-Aydrus.