Selasa, 28 Oktober 2014

Pengorbanan Elemen Penentu Kejayaan Perjuangan Islam

~Dakwah Tidak Akan Hidup Melainkan Dengan Jihad Dan Jihad Tidak Berlaku Melainkan Dengan Pengorbanan~




"Dakwah, Akademik, Kerjaya, Keluarga dan banyak lagi."


"YaAllah, banyaknya komitmen aku nie. Mana aku nak buat dulu ni?"


"Dakwah, kerja jema'ah. Hmm.. Ramai lagi sahabat lain yang boleh buatkan kerja. Takpe, tangguh dulu lah yang ni."


"Akademik, menuntut ilmu itu wajib. Tugas individu, aku datang ke sini untuk belajar, dapat pointer sebaik mungkin. Kalau boleh 3.50 dan ke atas every sem. Keputusan hebat senang nak dapat kerja. Kalau macam tu kena selesaikan lah bab ni dulu."


"Kerjaya, aku kena kumpul duit untuk perbelanjaan hidup, untuk masa depan aku. Panjang lagi perjalanan hidup aku nie. Kena kumpul harta banyak-banyak. Kemudian hari nanti senang. OK, selesaikan yang ni dulu. Semoga hasilnya memberansangkan."



Renung sejenak, fikir sebentar, yang mana satukah diri kita? Kenalkah kita tentang kita tentang erti sebuah pengorbanan dalam kehidupan? Kita memilih atau mendahulukan salah satunya bukan beerti kita mengorbankan yang lain atau kita sisihkan terus ianya dari kehidupan. Fitrahnya kita memang tidak mampu untuk berlaku adil, tapi tak bermakna kita tinggalkan terus jalan dakwah yang telah Allah bentangkan di hadapan kita dengan janji-janji indah yang telah Allah tuliskan sebelum kelahiran kita ke dunia ini.
Ayuhlah kita kembali ke jalan yang pernah kita pijak dahulu yakni jalan dakwah. Berganding bahu dan berpimpin tangan dengan sahabat lain yang masih berkorban tenaga, jiwa, masa, harta, rasa dan sebagainya di jalan Allah yang matlamatnya ingin menggapai mardhatillah dan meraih syurga Allah nan kekal abadi.


Terjerumusnya kita di medan dakwah bukanlah kerana paksaan. Tetapi kita adalah insan terpilih oleh Allah. Mungkin hari ini kita lari, esok kita bersembunyi, namun di kemudian hari kelak kita tetap akan terlibat dengan jalan dakwah sekiranya keizinan Allah itu sampai pada kita. Yakin pada janji Allah. Apa yang kita beri atau korban, Allah akan gantikan kembali dengan bayaran yang lebih tinggi nilaiannya dari itu. Setiap saham yang diberikan akan dijamin dan tidak akan disia-siakan.




"Dan apa yang kamu sedekahkan, Allah akan menggantikannya. Dialah sebaik-baik pemberi rezeki." -AsSaba':39-




Kita impikan syurga Allah. Tapi, apa yang kita buat untuk bayaran tiket masuk ke syurga itu. Adakah hanya dengan menyelamatkan diri sendiri tanpa menyeru insan sekeliling kepada yang makruf dan meninggalkan yang mungkar.





"Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."-AtTaubah: 111-

Moga Allah thabatkan hati-hati kita di dalam perjuangan :)