Ahad, 20 Oktober 2013

Tujuh perempuan bertanya. Seorang lelaki menjawab

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. 

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: 

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: 

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.

Rabu, 16 Oktober 2013

Astaghfirullah :'(

Astaghfirullahal'azim :'(
Astaghfirullahal'azim :'(

YaAllah!
Ampunkanlah aku yaAllah :'(
Aku lalai untuk beribadat kepadaMu disebabkan terlalu mengejar harta di dunia.

YaAllah!
Ampunkanlah aku yaAllah :'(
Aku lupa untuk mengejar cintaMu disebabkan terlalu sibuk mengejar cinta manusia.

YaAllah!
Ampunkanlah aku YaAllah :'(
Aku lupa untuk berdoa kepadaMu kerana aku terlalu lalai akan kemewahan dunia..

YaAllah! Ya Rahman! Ya Rahim! Ya Rabbi :'(
Ampunkanlah aku..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat..

Aku bertaubat kepadaMu Ya Karim :'(

Istikharah

YaAllah,
Seandainya dia yang telah Kau takdirkan buatku,
Kau permudahkanlah.
Agar dapat ku mengecap bahagia hingga ke JannahMu

YaAllah,
Seandainya dia bukan untukku,
Kau jauhkanlah dia dariku,
Agar diri ini tidak menyimpan perasaan yan g sia-sia

YaAllah,
Seandainya di beri 1001 pilihan, dan salah satunya adalah dia,
Aku akan memilih dia Ya Allah.
Seandainya di beri 100 pilihan, dan di antaranya adalah dia,
Aku akan memilih dia Ya Allah.
Sendainya di beri 2 pilihan, dan diantaranya adalah dia,
Aku akan memilihnya YaAllah.
Dan, seandainya diberi 1 pilihan, dan 1 itu bukanlah dia,
Aku redha akan takdirmu YaAllah..
Engkau Maha Mengetahui mana yang lebih baik buatku


Ahad, 4 Ogos 2013

KITA PASTI MATI..

Marilah kita serta seluruh Muslim Dan Muslimah merenung sesaat. 
hidup kita tidak ada yang kekal. 
seluruh orang yang hidup tentu mati. 
seluruh orang yang datang tentu pergi. 

begitu gelapnya Suasana di dalam 'Alam kubur. .
begitu sempitnya Ruangan di liang kubur. .
begitu ngerinya sa'at ditanya oleh malaikat. .
begitu pedihnya 'azab kubur. .
begitu panasnya api neraka. .
begitu malangnya nasib Pendosa waktu itu. .

jika kita Merasa banyak dosa. .

walau sekarang ini kita tetap dan masih muda, tetap tegar, tetap kuat, namun maut tidak mengetahui itu keseluruhnya. .

maut dapat Menjemput kita setiap saat. . walau kita tidak ingin mati. .

namun tentu kita dapat merasakannya. .

tak tahu masih berapa hari lagi. .
tak tahu masih berapa bulan lagi. .
tak tahu masih berapa tahun lagi. .

sesudah ada di barzah atau alam kubur. .

barulah kita semua sedar, apa makna dari kehidupan didunia ini. .

YA Allah. . ampunilah dosa kami, dengan semua kasih sayang-mu serta jadikanlah akhir hayat kami sebagai khusnul khatimah. .

Aamiin yaa Rabbal aalamiin. .


Rabu, 24 Julai 2013

Tarbiyyah

Ramai dikalangan sahabat2 masih belum memahami apa itu maksud "TARBIYYAH".....khair...mgkin disini ana terangkan sdikit sbanyak tntang ''apa itu TARBIYYAH''...smoga bermanfaat... 

Definisi Tarbiyah:

a) Bahasa : Pendidikan
b) Istilah : Proses pendidikan yang berterusan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT

Matlamat Tarbiyah

1. Membina umat Muttaqin yang kuat serta mempunyai ta’alluq billah yang kuat.
2. Melahirkan insan muttaqin yang menyerah diri kepada Allah SWT.
3. Melahirkan mu’min yang praktikal.

Ruang Lingkup Tarbiyah

1. Tarbiyyah Ruhiyyah

- Program berbentuk kerohanian.
- Melibatkan hubungan kita dengan pencipta.
- Persediaan bagi kekuatan dalaman yang kukuh.
- Menjadi banteng kepada ahli menghadapi situasi mencabar dengan jahiliyah.

2. Tarbiyyah ‘Aqliyyah

Mendidik & mengajar ahli memimpin ‘aqal supaya berfikir, memberikan pandangan & mendalami ilmu serta boleh merancang berlandaskan sumber utama.

Kaedah mendidik ‘aqal :

a) melatih aqal supaya berfikir & merancang untuk keperluan Islam.

b) hindari budaya Taqlid (mewarisi semata-mata)

c) mendidik aqal mengkaji sumber-sumber syariat & melatih diri mengklasifikasikan berdasarkan keperluan & kesesuaian.

d) mendengar & meraikan pandangan sesama Islam & mempertimbangkan pandangan tersebut berasaskan Islam.

e) sentiasa menghadiri kuliah-kuliah ilmu & banyakkan memebaca sumber-sumber ilmu.

f) menjadikan sumber asas Islam sebagai rujukan.

3. Tarbiyyah Jasadiyyah

Jiwa & badan diikat dengan satu perhubungan yang kuat. Keduanya saling mempengaruhi satu sama lain.

Menumpukan kepada menjaga jasmani, umpamanya menganjurkan manusia menjaga kebersihan, pemakanan, bersukan.

4. Tarbiyyah Siasiyyah

Pembentukan bangsa yang mengabdikan diri terhadap ideologi seperti sekularisme kepada ketaatan kepada Allah SWT secara mutlak.

Menitikberatkan soal hukum, peraturan daulah, hubungan kerajaan dengan musuh, kaitan antara muslim & non-muslim & yang seumpamanya.

Methodologi Tarbiyyah

a) Tarbiyyah Nizhomiyyah
- pondok-pondok
- pusat pengajian tinggi
- sekolah-sekolah, maa’had-maa’had
- pusat penjagaan kanak-kanak

b) Tarbiyyah bukan Nizhomiyyah
- kuliah umum di masjid & surau
- halaqah-halaqah khusus
- usrah & tamrin
- qiamullail
- mukhayyam
- nadwah, seminar, bengkel, liqa al-fikri
- rehlah, ziarah

Prinsip Tarbiyyah Islamiyah

1) Tarbiyyah Islamiyah merupakan perkara wajib lantaran ia adalah kerja utama Rasulullah SAW.
2) Tarbiyyah Islamiyah berasaskan kepada keikhlasan kepada Allah SWT samaada ditarbiyyah / mentarbiyyah hanya semata-mata kerana Allah SWT.
3) Tarbiyyah Islamiyah tidak terikat dengan masa & umur.


wallahua'alam

Selasa, 23 Julai 2013

Lailatulqadar

assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh..sdikt pkgsian..
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu..smoga bmafaat..in shaa Allah.

Sabtu, 20 Julai 2013

PERKARA-PERKARA MENGHALANG KHUSYUK SOLAT


  1. Tidak memahami maksud ayat dan bacaan dalam solat.
  2. Banyak berangan-angan atau berkhayal dalam solat.
  3. Tergesa-gesa dalam melakukan solat.
  4. Gangguan persekitaran seperti bunyi bising dan kesibukan aktiviti manusia.
  5. Banyak melakukan maksiat dan dosa.
  6. Makanan dan pakaian daripada sumber yang haram.
wallahu'alam....

KHUSYUK SOLAT

Cara-Cara Mendapat Khusyuk dalam Solat
~PERANAN HATI~
1.Memberikan tumpuan dengan mengingati kebesaran dan keagungan Allah SWT.
2.Mengingati kelemahan dan kekurangan diri berbanding dengan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.
3.Mengingati bahawa kita sedang menghadap Allah SWT dan Dia sedang melihatnya.

~PERANAN AKAL~
1.Memahami dan menghayati apa yang di baca.
2.melupakan segala urusan keduniaan.
3.Menumpukan sepenuh perhatian kepada solat.

~PERANAN ANGGOTA~
1.Menumpukan pandangan mata hanya ke tempat sujud.
2.Melakukan semua perbuatan dengan sempurna dan tamakninah.
3.Tidak melakukan pergerakan selain yang berkaitan dengan solat.

Ahad, 14 Julai 2013

Cara Memberi Salam Yang betul

Assalamualaikum..
    Lama dah blog ini bersarang. Now, saya nak isikan balik. huhu. Saya nak kongsikan tentang cara memberi salam yang betul.
     
ASSALAMU'ALAIKUM JANGAN DISINGKAT LAGI

1. As = orang bodoh / keledai 

2. Ass = pantat

3. Askum = celakalah kamu

4. Assamu = racun

5. Samlekum = matilah kamu

6. Salam/syalom= dari bhs Ibrani untuk sesama kristen dan ada 263 kata di

dalam kitab perjanjian lama dan perjanjian baru. 

7. Mikum = dari bahasa Ibrani Mari Bercinta.
Isi surat Nabi Sulaiman dalam Al- Quran :
"Innahu min Sulaimana wa innahu Bismillahirohma anir rohiim 'ala ta'lu 'alayya wa'tunil muslimina tho'inalloha robbal 'aalamiin."
Salam pendek, salam sedang dan salam panjang telah dicontohkan oleh Nabi dan tidak merubah makna aslinya
1. Salam pendek : "Assalamualaikum". dengan 10 kebaikan.
2. Salam sedang : "Assalamualaikum warohmatullah". dengan 20 kebaikan.
3. Salam panjang : "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh". dengan kebaikan sempurna.
Semoga bermanfaat

Wallahua'alam..


Sabtu, 15 Jun 2013

Kata-Kata Buat Wanita Solehah

Wahai Gadis Solehah..
Dari Jauh Ku Melihat Gerak Gerimu..
Tunduk Memandang Bumi..
Terselindung Disebalik Hijabmu..
Wajah Yang Penuh Nur..
Yang Sentiasa Mengingati Mati..
Yang Mencintai Allah Dan Rasul..
Yang Takut Azab Allah..
Kau Ibarat Permata Berharga..
Digilap, Dibalut, Dan Disimpan Rapi..

Wahai Gadis Solehah.. 
Jauh Disudut Hatiku..
Aku Bangga Dengan Imanmu..
Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu..
Jua Perjuanganmu Menegakkan..
Kesucian syariat yang telah ditetapkan Allah..



Wahai Gadis Solehah.. 
Kau Pertahankan Hijabmu..
Walaupun Dunia Memandang Hina..
Tetapi Allah Melihatmu Dengan Penuh Bangga..
Akhlakmu Kau Pelihara.. Maruahmu Rapi Dijaga..
Tutur Katamu Melambangkan Sifat Keibuanmu Yang Sejati..
Pabila Bertemu Dengan Muhrimmu..
Kau Tunduk Memandang Bumi..
kau idaman setiap lelaki muslim..

Wanita Solehah

Wanita Solehah
Dirimu seindah mawar,
Mawar yang mekar harum mewangi,
Namun, dirimu begitu berduri,.
Begitu sukar untuk mendapatkanmu,
Dirimu begitu pandai menjaga maruah,

Wanita Solehah
Dirimu bakal penghuni syurga,
Jagalah dirimu,
Jangan biarkan dirimu jatuh,
Jangan biarkan dirimu rebah,
Jadikanlah Siti Khadijah sebagai inspirasi,
Jadikanlah Siti Fatimah sebagai idola,
Jadikanlah Siti Aisyah pembakar semangat di hati..

Wanita Solehah
Mantapkanlah imanmu,
Jangan sesekali biarkan ianya goyah,
Kerana SYURGA ALLAH itu sangat MANIS